SELAYANG: Muhyiddin Yassin ‘membuka rahsia’ senarai calon bagi jawatan tertinggi Bersatu menjelang pemilihan parti pada Oktober ini, yang dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Presiden Bersatu itu berkata Ahmad Faizal Azumu bersedia berundur setapak ke belakang, dengan menawarkan diri untuk jawatan naib presiden.
“Faisal sudi lepaskan jawatan dan tidak bertanding bagi memberi peluang kepada Hamzah Zainudin untuk mengambil tugas sebagai timbalan presiden sebagai pengiktirafan sumbangannya sebagai setiausaha agung Perikatan Nasional serta ketua pembangkang di Parlimen,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Bersatu di Ideals Convention Centre Selayang.
Sementara itu, Azmin Ali akan ditawarkan jawatan setiausaha agung atas kemampuan dan pengalaman politiknya.
BERITA LANJUT MENYUSUL