
PETALING JAYA: Penganalisis mengaitkan keputusan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan kepada “tekanan dalaman”, terutamanya berhubung penggantian kepimpinan dalam parti.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, selepas PRN enam negeri pada 12 Ogos, Bersatu seolah-olah “hilang arah dan semangat”.
“Isu utamanya ialah perbalahan dalaman mengenai siapa yang akan jadi presiden (parti) seterusnya, memandangkan pengaruh Muhyiddin dalam Bersatu sudah lemah,” katanya kepada FMT.
Azmi berkata, tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu – Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Azizi Abu Naim (Gua Musang); dan Zahari Kechik (Jeli) – baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim…