

Muhyiddin Yassin berharap baki pertuduhan terhadapnya turut digugurkan selepas beliau dibebaskan daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkait Bukhary Equity Sdn Bhd.
Bercakap di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas perdana menteri itu berkata beliau sejak awal bertegas tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berasa lega. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Saya berharap pertuduhan lain juga akan digugurkan,” katanya.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Nurdin membebaskan Muhyiddin daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memohon beliau dilepas…