Pengerusi PN menamakan sambutan itu sebagai ‘gelombang anak muda’ pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda gabungan itu, semalam.

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kagum dengan sokongan padu ditunjukkan golongan muda pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda gabungan itu yang dianjurkan semalam.
Beliau turut menamakan sokongan tersebut sebagai “gelombang anak muda” dan gelombang rakyat yang mahu membuat perubahan menjelang PRN.
“Saya kagum melihat sambutan hebat anak-anak muda dan golongan belia negeri ini yang datang dengan konvoi ribuan motosikal ke majlis ini.
“Saya yakin sokongan padu dalam kalangan orang muda yang sedang berlaku di seluruh negara pada hari ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada PN nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Pada 16 Julai 2019, negara melakar sejarah apabila…