Hot FM

Muhyiddin letak jawatan pengerusi PN mulai 1 Jan


muhyiddin yassin
Muhyiddin Yassin menerajui Perikatan Nasional sejak 7 Ogos 2020, ketika ia didaftarkan secara rasmi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau melepaskan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Jan ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya lepada semua barisan kepimpinan PN dan parti anggotanya,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin menerajui gabungan itu sejak 7 Ogos 2020, ketika ia didaftarkan secara rasmi.

Pengumuman ini susulan kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan Adun Sanglang daripada PAS, Shukri Ramli, meletak jawatan menteri besar dan digantikan Adun Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah.

Sementara itu, sumber enggan dinamakan berkata, Muhyiddin memaklumkan keputusannya melepaskan jawatan pengerusi PN dalam kumpulan WhatsApp ahli Majlis Pimpinan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version