
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan agar perbicaraan kesnya yang melibatkan pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram didengar di Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam permohonan yang difailkan hari ini, Muhyiddin berkata kes itu melibatkan persoalan undang-undang yang rumit, khususnya berkaitan beberapa peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata persoalan undang-undang tersebut wajar didengar oleh hakim berpengalaman, sambil menambah bahawa kes itu turut meraih perhatian umum memandangkan ia melibatkan seorang bekas perdana menteri.
Muhyiddin turut menegaskan bahawa permohonan tersebut tidak akan prejudis mana-mana pihak.
Ketua Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin, mengesahkan permohonan tersebut telah difailkan dan memaklumkan kepada…