
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam salah laku berhubung pemberian kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco).
Beliau membuat penafian itu kerana mendakwa tohmahan terhadapnya berhubung perkara berkenaan sedang berlegar di media massa dan media sosial tanpa sebarang butiran lengkap.
“Samalah seperti tuduhan sebelum ini kononnya saya menyeleweng wang negara bernilai ratusan billion ringgit yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan oleh mereka yang menuduh saya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Munyiddin turut mendakwa tuduhan dilemparkan terhadapnya adalah sebahagian daripada siri pembunuhan karakter yang dibuat musuh politiknya.
“Berhubung kontrak Spanco, kerajaan sepatutnya mendedahkan kenapa surat niat (LOI) yang diberikan…