Muhyiddin Yassin tidak fikir inisiatif yang dilaksanakan oleh pentadbirannya akan beri kesan besar kerana hutang-hutang itu adalah hutang lapuk.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda, mendakwa ia tidak akan beri kesan besar kepada aliran tunai agensi itu.
“Saya tidak fikir inisiatif pelupusan hutang yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional dahulu memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda kerana hutang-hutang itu adalah hutang lapuk,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu, ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
Dengan penerbitan sukuk RM9.9 bilion yang dijamin oleh kerajaan, Muhyiddin percaya Felda berkemampuan untuk meneruskan pelupusan hutang peneroka itu.
“Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih,” tambahnya.
Kerajaan bulan lepas mengumumkan kutipan balik hutang atau pinjaman peneroka yang dikeluarkan hingga kini perlu terus dilakukan, kerana ia membentuk 10.8%…