
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin telah mencapai penyelesaian secara baik berhubung saman fitnahnya terhadap veteran Umno Puad Zarkashi, yang mendakwa presiden Bersatu itu enggan menjalani mandatori kuarantin Covid-19 selepas pulang dari luar negara pada 2021.
Peguam Muhyiddin Rosli Dahlan berkata syarat penyelesaian itu dimaklumkan kepada Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz, dengan perbicaraan – yang dijadualkan disambung hari ini – kini dikosongkan.
Kedua-dua Muhyiddin dan Puad bersalaman di hadapan Hayatul sebelum penyelesaian direkodkan.
BERITA LANJUT MENYUSUL