Hot FM

Muhyiddin, Puad selesai saman fitnah secara baik


Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berjabat tangan sebelum penyelesaian direkodkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin telah mencapai penyelesaian secara baik berhubung saman fitnahnya terhadap veteran Umno Puad Zarkashi, yang mendakwa presiden Bersatu itu enggan menjalani mandatori kuarantin Covid-19 selepas pulang dari luar negara pada 2021.

Peguam Muhyiddin Rosli Dahlan berkata syarat penyelesaian itu dimaklumkan kepada Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz, dengan perbicaraan – yang dijadualkan disambung hari ini – kini dikosongkan.

Kedua-dua Muhyiddin dan Puad bersalaman di hadapan Hayatul sebelum penyelesaian direkodkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version