
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, merayu pengundi sebagai seorang ‘anak Johor’ agar memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), esok.
Katanya, rayuan ini bukan sebagai bekas perdana menteri tetapi sebagai ‘anak Johor’ yang pulang ke pangkuan tanah tumpah sendiri, “bukan untuk berjanji tetapi untuk merayu dari hati ke hati”.
Menurutnya, beliau pulang ke Johor untuk berkempen pada PRN kali ini bukan tentang jawatan, sambil mengimbau ketika “jalan-jalan di Pagoh tidak secantik sekarang’, dan “susah senang saudara-saudari bila anak-anak terpaksa berjalan jauh ke sekolah”.
Muhyiddin mewakili rakyat Parlimen Pagoh sejak 1995, dan pernah berkhidmat sebagai menteri besar Johor dari 1986 sehingga 1995.
“Saya tidak mahu berkira-kira apa yang telah saya buat. Saya hanya mahu saudara-saudari tahu bahawa saya faham kepayahan itu…