
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Sabah yakin Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak akan mendedahkan nama 115 Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya, kerana takut hilang jawatan.
Adun Usukan Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin khuatir tidak lagi mengetuai gabungan itu kerana ‘kenyataan fakta’ yang dibuat ketika PRK Nenggiri hanya andaiannya sendiri.
“Saya yakin Muhyiddin tidak akan dedah nama kesemua 115 Ahli Parlimen seperti mana yang dicabar oleh Puad Zarkashi. Ini adalah sebab beliau tidak mempunyai sokongan seramai itu.
“Jika Muhyiddin cuba dedahkan nama 115 Ahli Parlimen itu, beliau akan hilang kredibiliti sebagai seorang pemimpin apabila sebilangan Ahli Parlimen tidak mahu mengesahkan,” katanya di Facebook.
“Maka pihak PN akan tolak beliau dari…