
Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa membidas kenyataan Presiden PAS Hadi Awang bahawa ‘kemenangan politik’ bagi Islam patut diutamakan, berbanding menunaikan haji atau umrah.
Bekas menteri agama itu berkata, kenyataan Hadi ketika kempen PRK Ayer Kuning itu tidak mempunyai asas dalam Islam dan dibuat semata-mata demi kepentingan politik.
Katanya, ibadah umrah dan haji tidak boleh dibandingkan dengan mengundi, kerana umat Islam perlu menyimpan wang dan menunggu kuota untuk pergi ke Mekah, kadangkala sehingga beberapa tahun, sedangkan PRK boleh diadakan pada bila-bila masa.
“Kenyataan bahawa mengundi itu lebih penting daripada haji dan umrah (seperti) yang disebut Hadi tak berasaskan apa-apa asas ilmu, melainkan ia hanya hawa nafsu untuk mengerakkan orang mengundi dengan menunggang isu haji dan umrah.
“Umrah bukan hari ini…