
PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap bekas pemimpin PAS Dusuki Rani susulan kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan terhadapnya.
Dalam surat tuntutannya, Mujahid juga menuntut Dusuki menarik balik kenyataan terbabit dalam tempoh tempoh 48 jam.
Katanya, notis tuntutan berkenaan telah dihantar menerusi peguamnya hari ini.
“Sekiranya Dusuki gagal mematuhi tuntutan-tuntutan saya, saya tidak teragak-agak akan teruskan tindakan mahkamah terhadapnya, termasuk prosiding menghina Mahkamah,” katanya dalam kenyataan.
Khamis lalu, Dusuki yang menarik balik rayuan berhubung saman fitnah terhadap Mujahid menyindir bekas menteri di jabatan perdana menteri itu kerana dapat menyelamatkan hampir RM300 juta nilaian tanah ladang harta pendeposit Tabung Haji.
Beliau menafikan…