
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menegaskan, keputusan mereka untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah muktamad.
Menurut Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, ia sudah pun diputuskan menerusi mesyuarat PH pada Rabu lalu.
“Mesyuarat PH pada Rabu lepas, dah buat keputusan noktah, maksudnya kita akan terus berkempen dan masuk pilihan raya sebagai PH.
“Kita sedia maklum sentimen rakyat sebab sentimen rakyat bukan soal siapa berkuasa, rakyat nak satu pembawaan yang benar-benar berjuang untuk mereka,” katanya di Stadium Paroi, Seremban semalam, menurut Sinar Harian.
Program itu turut dihadiri Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, jika alasan untuk…