
PETALING JAYA: Muktamar PAS ke-70 bermula hari ini dijangka menjadi medan meniupkan semangat ahlinya menjelang PRU16, namun isu seperti parti itu sebagai peneraju Perikatan Nasional (PN) mungkin dibangkitkan, kata penganalisis.
Zaireeni Azmi dari Universiti Sains Malaysia berkata, kes mahkamah terbaru dihadapi Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkait hasutan pada kempen PRK Nenggiri bulan lalu, mungkin mencetuskan alasan untuk beliau digantikan.

Tidak menolak kemampuan PAS mengetuai PN berdasarkan jumlah kerusi terbanyak di Parlimen dengan 43 wakil rakyat, beliau bagaimanapun berpendapat perubahan itu sewajarnya dibuat atas persefahaman dan kepentingan rakyat.
“Kenapa tidak? (PAS terajui PN), lagipun dalam komponen itu masing-masing mempunyai peranan tertentu,” katanya kepada FMT sambil menjangkakan strategi…