

Rundingan perlu dimulakan sekarang jika Umno mahu meneroka kerjasama politik dengan PAS di Perak, dan bukannya selepas DUN dibubarkan, tegas seorang perwakilan Pemuda Umno Perak.
Ibnu Rasyeed Mat Isa berkata keputusan PRU15 di Perak menunjukkan kerusi yang kelihatan sukar dimenangi tidak semestinya mustahil, malah calon juga boleh tewas di kerusi yang dianggap selamat.
“Jadi, jangan masuk pilihan raya dengan nostalgia. Datang dengan strategi,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda pada persidangan sempena Perhimpunan Agung Umno 2026.
“Rundingan mesti dibuat lebih awal, bukan selepas DUN dibubarkan. Kita perlu lakukannya sekarang.”
Ibnu Rasyeed berkata kerusi seharusnya diagihkan berdasarkan rekod pilihan raya, kekuatan akar umbi, jentera dan peluang untuk menang, dan bukannya berdasarkan ego.
Katanya, Pemuda Umno Perak…