Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Mulai menyerang dunia akhir 2019, nampaknya wabak COVID-19 yang diklasifikasikan sebagai pandemik ini seolah tidak mempunyai jalan penamat setakat ini.
Menerusi laporan terbaru, Korea Selatan telah mengesan dua kes melibatkan varian terbaru COVID-19 yang dilabel sebagai Delta Plus. Laporan tersebut dibuat setelah Korea Selatan kini sedang berperang dalam gelombang keempat COVID-19.

Sumber: pharmaceutical technology
Delta Plus yang bermutasi daripada varian Delta ini dilaporkan mulai dikesan di India. Varian ini kemudiannya turut ditemui di beberapa negara lain di Britain dan Portugal.
Kes pertama yang direkodkan ini di Korea Selatan ini telah dikesan pada lelaki berumur 40-an yang tidak mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh terdekat. Dalam pada itu, kes tersebut masih lagi dalam siasatan setakat ini.
Berdasarkan ujian pengesanan COVID-19 yang diuji pada 280 individu yang menjadi kontrak…
