

Gesaan DAP supaya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menjelaskan segera pendekatan kerjasama kerajaan perpaduan menjelang pilihan raya akan datang disifatkan munasabah didorong jangkaan PRN Melaka yang semakin dekat, kata penganalisis.

Saintis politik Wong Chin Huat berkata tuntutan disuarakan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook itu adil untuk parti yang bekerjasama bagi membuat perancangan awal.
Menurut penganalisis dari Universiti Sunway itu, ketika ini belum dapat dilihat sepenuhnya pendirian kerjasama membabitkan parti di bawah kerajaan Madani yang berbeza pada PRN Sabah tahun lalu.
“Ini tidak berlaku dalam kes Johor dan Melaka selain lima negeri lain campuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak serta Pahang.
“Jadi bagi saya perlu…