
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan tidak menolak kemungkinan pertukaran calon PRN sehingga menjelangnya hari penamaan calon, pada 29 Julai.
Mohamad menyatakan perkara itu selepas ditanya sama ada berlakunya pertambahan calon saat akhir selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tengku Zafrul Aziz tidak diumum sebagai calon BN pada PRN 12 Ogos.
“Wallahualam, tapi kadang-kadang dapat watikah, tukar juga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon BN di PWTC.
Setiausaha Agung BN Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengumumkan senarai nama calon rasmi memaklumkan sebanyak 12 kerusi dipertandingkan oleh gabungan itu bagi DUN Selangor.
Sementara itu, Mohamad berkata, ketiadaan nama Tengku Zafrul disebabkan Umno Selangor tidak meletakkannya dalam senarai diserahkan kepada pucuk pimpinan BN.
“Jadi terpulang kepada…
