Pelakon dan usahawan, Dato Boy Iman menerusi laman Instagram berkongsi satu foto bersama peguam Syariah, Dato Zaidi yang akan mengendali kes perceraianya dengan bekas isteri, Kumala Dewi Anas.
Menerusi posting tersebut, Boy Iman meminta netizen mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka walaupun kenyataan itu pahit untuk ditelan.

Perpisahan kali ini merupakan perceraian ketiga buat mereka selepas pernah bercerai dua kali iaitu pada 2015 dan 2017, namun kembali rujuk semula sebelum habis tempoh edah.
Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Norul Emmer,6, manakala Kumala terdahulu pernah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan Ku Ivy Emmera,19.