Hot FM

Mungkin keputusan komersial, kata Miti berkait laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara


tesla
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata laporan berita dalam talian Thailand The Nation berkait perancangan Tesla bukan kenyataan rasmi syarikat terbabit. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jurucakap MITI berkata tindakan pengeluar kenderaan elektrik (EV) global itu bagaimanapun tidak mencerminkan pembaharuan perindustrian dan penambahbaikan landskap pelaburan yang diusahakan oleh MITI serta agensinya sejak Disember 2022.

Beliau juga menegaskan bahawa laporan media itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan ulasan daripada sumber yang identitinya dirahsiakan.

“Sebarang pengesahan laporan itu perlu dibuat oleh Tesla,” katanya kepada media pada Khamis.

Bernama juga berusaha mendapatkan kenyataan daripada Tesla, namun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version