Menerusi video yang dimuat naik oleh @juztmejay, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di meja makan sebuah majlis kahwin bersama ibunya.
Apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah apabila dia dilihat sedang meratah beberapa biji petai dengan riak muka yang selamba, seolah-olah tidak merasa pahit.
Bukan itu saja, dia siap beratur lagi sekali hanya untuk mengambil lagi sepapan kecil petai di bahagian lauk kenduri tersebut.
Melihat telatah anak yang mengunyah petai seperti jajan, ibunya sempat menulis di video “ghisau tak ada orang nak buat menantu”.