
Munoz zahirkan rasa kecewa selepas seri.Rizar Mohd [email protected].my12 April 2026.With Pic by Najmi Nor’AzamJOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Xisco Munoz menzahirkan kekecewaan apabila misi meraih kemenangan bersih disentap dengan keputusan seri 1-1 dengan Terengganu FC dalam aksi Liga Supe di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.Munoz tidak berselindung malah menyifatkan keputusan seri itu bagaikan satu amaran supaya dirinya dan kesemua pemain kembali konsisten dan ia juga bagaikan “isyarat” untuk bertindak sebelum prestasi menjadi lebih buruk.”Aksi yang dipamerkan pemain JDT tidaklah buruk tapi apabila gagal menterjemahkan setiap percubaan dengan jaringan maka kita akan dihukum dan kami beraksi dengan pasukan lawan yang begitu berdisplin membentuk benteng ampuh.”Lebih menyukarkan situasi apabila anda gagal menamatkan permainan lebih awal, anda sebenarnya memberi ruang kepada lawan untuk menyusun taktikal dan melakukan serang balas yang…