Site icon Hot FM

Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol


Mangsa ditimpa besi palang gol yang dipercayai patah semasa aktiviti ko-kurikulum di SK St Anthony, Bintulu. (Gambar Wikipedia)

BINTULU: Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti ko-kurikulum bersama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St Anthony, pagi tadi.

Ketua Polis Bintulu, Batholomew Umpit, dalam kenyataan mengesahkan Balai Polis Pusat Bintulu menerima laporan kemalangan itu pada 7.24 pagi.

“Seorang murid warga tempatan terlibat dalam kemalangan dan mendapat kecederaan parah di kepala akibat ditimpa besi palang gol di tempat kejadian yang dipercayai patah semasa aktiviti ko-kurikulum.

“Mangsa dibawa ke Hospital Bintulu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar berkaitan kes itu.

Individu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version