
JOHOR BAHRU: Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, pagi tadi.
Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian melibatkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu berlaku pada 11.35 pagi.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu van wanita berusia 50 tahun menurunkan kanak-kanak itu dan abangnya yang berusia enam tahun di hadapan rumah mereka.
“Pemandu van itu meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa (berjalan) melepasi belakang van dan beranggapan mangsa turut mengikuti abangnya.
“Bagaimanapun, pemandu itu terlanggar mangsa yang lalu di hadapan van tanpa disedari. Wanita kemudian turun melihat keadaan kanak-kanak itu dan memaklumkan kepada ibu mangsa dengan segera,” katanya dalam…