Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mursyidul Am PAS jalani prosedur jantung

today21 February 2026

Background


Hashim Jasin
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di Perlis sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut.
PETALING JAYA:

PAS memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Mursyidul Am Hashim Jasin yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat masalah jantung.

Anak perempuan Hashim, 87, Husna Hashim berkata bapanya baru selesai menjalani prosedur pemasangan stent jantung.

“Prosedur stent itu dah selesai dan Alhamdulilah berjaya. Cuma jantung beliau sangat lemah dan perlu lakukan dialisis kerana masalah buah pinggang.

“Beliau mungkin kena tahan di wad untuk beberapa hari lagi sehingga keadaan kesihatan stabil. Kalau stabil InsyaAllah boleh balik,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Husna dalam hantaran di TikTok berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang berada dalam keadaan lemah ketika dirawat di hospital.

Hashim, 87, dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di Perlis sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan lanjut.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dineskumar Ragu


Previous post