Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mutang serius dalam usaha reformasi Parlimen, kata Anwar

today11 May 2024

Background


Anwar Ibrahim anggap Mutang Tagal seorang yang berprinsip dan menjaga nilai yang baik.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Speaker Dewan Negara Mutang Tagal.

Anwar berkata, walaupun lama meninggalkan bidang politik, namun kesungguhan Mutang untuk mengangkat martabat Parlimen termasuk Dewan Negara ke tahap lebih tinggi dapat dilihat sebaik dilantik memegang jawatan itu Februari lalu.

“Mendiang mula membicarakan soal reformasi Parlimen dengan serius bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Johari Abdul). Saya anggap dia seorang yang berprinsip dan menjaga nilai yang baik.

“Oleh kerana itu, kita kehilangan Yang Dipertua Dewan Negara yang mampu mengangkat martabat Dewan Negara dan mengusulkan ‘reform’ dalam sistem Parlimen negara kita,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Anwar tiba kira-kira 12 tengah hari di Pusat Peringatan Nirvana 2, di sini, bagi memberi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post