Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mutang Tagal dipilih Yang di-Pertua Dewan Negara

today19 February 2024

Background


Mutang Tagal dari suku Lun Bawang merupakan penduduk asli Sarawak pertama yang dipilih memegang jawatan itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Mutang Tagal dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 untuk tempoh tiga tahun.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dalam kenyataan berkata terdahulu Mutang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh 3 tahun bermula 15 Feb 2024 sehingga 14 Feb 2027.

“Lantikan beliau adalah merupakan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” kata kenyataan itu.

Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengemukakan nama Mutang, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua.

Mutang, 69, dari suku Lun Bawang merupakan penduduk asli Sarawak pertama yang dipilih memegang jawatan itu.

Jawatan YDP Dewan Negara kosong selepas Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan bulan lepas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post