“Saya kembali mengkaji darah dan keturunan asal. Saya ada campuran serumpun iaitu Melayu, Siam, Vietnam, jadi bila mahu mengangkat Mimi Fly, saya lebih fokus kepada karya.
“Kali ini, kita bekerjasama dengan pereka fesyen hebat dan kami sama-sama mengkaji busana orang lama. Saya seronok dan mahu meraikan pakaian tradisional kita, bukan niat untuk mencetuskan sensasi,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Mimi tidak menolak untuk melakukan penambahbaikan dalam karya akan datang.
“Ini lagu raya, jadi saya mohon maaf kalau ada yang tersinggung. Insya-ALLAH, saya akan cuba perbaiki jika ada kesempatan untuk lagu Raya akan datang.
“Apabila ada yang mengambil kisah dan melihat hasil kerja, itu satu perkara yang saya syukuri. Justeru, saya terima semua komen dan akan terus belajar serta berkembang dalam industri ini,” katanya.