Site icon Hot FM

MYAirline gantung operasi serta-merta | Free Malaysia Today (FMT)


Mavcom menyediakan talian penting dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: MYAirline menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta disebabkan “cabaran kewangan yang signifikan”.

Menurut syarikat penerbangan tambang murah, pihaknya telah “meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal” untuk menyelamatkan perniagaannya.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya dalam kenyataannya pagi ini.

Sementara itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia berkata, pihaknya telah menyediakan talian penting dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version