
PETALING JAYA: MYAirline Sdn Bhd hari ini berkata ia telah menerima lebih 15 cadangan daripada pelabur berpotensi, dengan dua daripadanya dalam peringkat rundingan lanjutan.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ia berusaha sepanjang masa untuk memuktamadkan pakej permodalan semula bagi memulihkan operasinya.
“Ini juga akan memudahkan pembayaran balik wang kepada penumpang yang terjejas serta pembayaran gaji dan pembayaran yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa,” katanya menurut laporan Bernama.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga mengulangi kenyataan bahawa ia tidak menamatkan atau mengarahkan mana-mana kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji sejak 12 Oktober lepas sehingga sekarang.
“Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh kakitangan dan memberi jaminan kepada mereka bahawa…