
JOHOR BAHRU: Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyRENTAS di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini mulai 1 Jun lepas telah merekodkan hampir dua juta transaksi pergerakan pengguna.
Ketua Pegawai Operasi Jati Jana (M) Sdn Bhd Azril Rizal Abdullah berkata ia sekali gus berjaya mengurangkan tempoh menunggu bagi pengguna bas di laluan darat antara Malaysia dan Singapura itu pada waktu puncak iaitu dari 120 minit sebelum ini kepada 15 minit.
“MyRENTAS juga berjaya memendekkan masa pelepasan dari 30 ke 45 saat kepada kurang dari lima saat untuk seorang pengguna.
“Berdasarkan data statistik yang diperoleh, purata penggunaan MyRENTAS adalah 1:29, iaitu nisbah seorang pengguna menggunakan MyRENTAS sebanyak 29 kali sejak sistem ini diperkenalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata buat masa ini,…