
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik langkah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan perlombongan unsur nadir bumi (REE).
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata dengan adanya SOP itu kerajaan dapat memastikan aktiviti perlombongan hasil mineral tersebut dilakukan dengan selamat sekali gus mengelakkan pembaziran sumber.
Katanya, ia turut memberikan pulangan kepada kerajaan negeri berikutan Negeri Sembilan mempunyai potensi besar dalam membangunkan REE, lapor Bernama.
“Memang kerajaan negeri sedang menunggu (SOP) sebelum kita membenarkan REE dilombong di Negeri Sembilan…kita tidak ingin mengejar satu hasil baharu (tanpa SOP) tetapi kita kehilangan banyak kelebihan pada…