
PETALING JAYA: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan darjah kebesaran bekas naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik.
Pendaftar Darjah Mohd Zafir Ibrahim berkata, Yang Dipertuan Besar menitahkan agar Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang dikurniakan pada 14 Jan 2019 itu ditarik balik, berkuat kuasa serta merta.
“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Malaysia.
Dilaporkan pada 3 Feb lepas, Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya, serta memohon maaf kepada warga universiti atas sebarang kekhilafan sepanjang tempoh kepimpinannya.
“Saya (juga) dengan ini menarik diri dari segala WhatsApp rasmi universiti,” katanya dalam kenyataan.
“Terima kasih atas segala…