Pelakon dan pengacara Nabil Mahir, yang juga tunang kepada penyanyi popular iaitu Ayda Jebat, memuat naik gambar di laman sosial Instagram nya dengan kapsyen sedikit berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menghantar gambar ‘lucah’ kepada tunangnya.
Memuat naik fotonya memegang replika pedang samurai, Nabil meminta supaya akaun palsu berkenaan berhenti mengganggu tunangnya serta tidak memperbodohkan diri kerana perkara itu tidak mendatangkan hasil.
“Yang pedang tu untuk you guys yang bat*ng gatal tak abis-abis nak DM benda tak senonoh kat my fiancée.”
“Grow up and stop memperbodohkan diri” Kata Nabil.
Nabil berkata meskipun sudah beberapa kali akaun mereka disekat oleh Ayda namun individu berkenaan seolah tidak serik dan masih gigih untuk membuat akaun baru.
“Banyak sangat masa korang siap buat account baru bila kene block.”
“Korang tau kan kalau kitorang make official report, korang boleh kene trace?”
“Warning have been made”
It’s okay Nabil, manusia yang tidak bertamadun macam ni memang patut diberikan pengajaran. Tak salah pun kita nak ‘protect’ orang yang kita sayang, kan?
