Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nabila Huda Geram Sikap Individu VIP Tak Ada Sivik Buang Puntung Rokok Merata

today16 October 2023

Background

Aktres terkenal, Nabila Huda meluahkan rasa kesal terhadap individu bergelar VIP yang merokok dan membuang puntung merata-rata.

Akibatnya, bilik merokok sebuah dewan konsert terkenal di Kuala Lumpur, Zepp KL ditutup serta-merta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Zepp ini dulu paling best sebab dia sediakan smoking room untuk semua!

“Memang tip topla sebab dia well planned dah dengan tempat dia.

“Tetapi disebabkan VIP bodoh yang bayar (bilik) dekat box ini pergi merokok dalam bilik, buang (puntung rokok) dekat carpet terus smoking room tutup!

“Bodoh tak ada civic,” tulis Nabila di platform X.

Menerusi ciapan berbeza, pelakon itu turut meluahkan rasa kesal apabila pengunjung tempat itu tidak menggunakan kemudahan
sebaiknya.

“Inilah manusia, orang bagi kemudahan kau bodoh tidak gunakan dengan betul.

“Bila tiada kemudahan, kau memekak. Bila saman, kau marah…Tapi diri sendiri yang bodoh,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Nabila atau mesra disapa Abil menyifatkan individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu telah menyusahkan pengunjung lain.

Zepp KL pernah menjadi lokasi penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa termasuk kumpulan Slam, Lenka, Simple Plan, Rossa dan ramai lagi.

Written by: Salma