Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Nabila Razali Lancarkan Lagu Baharu!

today24 January 2019

Background

Selepas lagu Pematah Hati mendapat perhatian luar biasa dalam kalangan peminat tanah air, Nabila Razali tampil dengan single terbaharu.

Sebelum ini tular berita mengenai pemadaman foto-foto di laman Instagram miliknya, sebaliknya digantikan dengan gambar spanar sahaja.

Teka-teki perkara berkenaan bagaimanapun terjawab, selepas Nabila melancarkan lagu berjudul Vroom Vroom hari ini.\

Single terbaharu tersebut turut mendapat sentuhan daripada Hael Husaini dan Ezra Kong.

Saya tidak mahu andaian datang bertalu-talu. Jadi, terima kasih kepada yang menunggu lagu ini.

Dalam klip video tersebut, Nabila menggunakan khidmat pelakon Fendy Bakri sebagai pelakon utama selain melibatkan rakan-rakan artis lain seperti Ara Johari, Nia Atasha dan Sharifah Rose.

Saya memang mahukan pelakon yang berkulit gelap dan tinggi untuk terlibat dalam klip video ini. Orangnya adalah Fendy.

“Selain itu, kriteria yang saya inginkan untuk menjayakan klip video ini kalau boleh lelaki berparut. Ada pilihan lain namun selebriti yang saya inginkan jadualnya ketat. Apapun, saya gembira Fendy sudi terlibat sama dalam klip video ini.

Klip video Vroom Vroom boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music bermula hari ini.

 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Hang Omar Timor

Lapar

Jangan ikut perangai Hang Omar Timor ya. Kalau ada duit tu, jimat-jimat berbelanja. Jangan sampai asyik makan mee segera di kemudian hari. Tapi, kesian jugak la bila baca komik digital Hang Omar Timor ni.

today24 January 2019