Hot FM

Nad Zainal Ajar Anak ‘Acting’

Keletah anak comel pelakon Nad Zainal, Fahad Ibrahim atau mesra disapa Yem Boy telah mendapat perhatian netizen.

Mana tidaknya, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Nad meluangkan masa dengan mengajar anaknya itu acting.

Boleh tahan juga Yem Boy berlakon, biarpun usianya baru tiga tahun.

Jom saksikan gelagat lucu mereka menerusi perkongsian video yang dimuat naik Nad di Instagram pada 15 April lalu.

Amboi, pandai dia buat mimik muka lapar tu! Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Siapa tahu suatu hari nanti Yem Boy nak ikut jejak ibunya bergelar pelakon kan?

Good job and keep it up, Yem Boy!

Exit mobile version