Pelakon Nadia Brian sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned.
Artikel Berkaitan: Boss Ned Kongsi Foto Berpegangan Tangan Dengan Nadia Brian – ‘Awak Insan Istimewa Di Fikiranku’
Artikel Berkaitan: Boss Ned Kongsi Foto Bersama Nadia Brian Dengan Kapsyen Romantis, Netizen Perasan Nora Danish ‘Like’
So sweet!

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Nadia meluahkan rasa syukur kerana berpeluang melayari tahun baharu 2026 bersama bekas suami kepada pelakon Nora Danish itu.
Bersyukur dapat memulakan tahun baharu dengan awak. Selamat tahun baharu semua.
Nadia juga sempat berseloroh di ruangan kapsyen mengenai perhiasan pada wajahnya dengan menjelaskan bahawa ia hanyalah pelekat mutiara dan bukannya tindikan (piercing) bagi mengelakkan sebarang salah faham atau fitnah daripada netizen.
Hubungan pasangan ini mula menjadi bualan hangat sejak Disember 2025 apabila Nedim dilihat mula berkongsi foto-foto mesra…