Sarah juga ada memberitahunya agar perkara itu tidak diheboh-hebohkan. Malah, penyanyi lagu Semakin itu sering bertanyakan khabar tentang keadaan saudara-saudara yang berada di Palestin.
Siti Sarah Raisuddin, 37, telah menghembuskan nafasnya pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 6 Ogos lalu.
Allahyarhamah sempat menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pada hari yang sama dan diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga dikenali sebagai pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.