Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

NADMA, agensi penyelamat dikerah bantu pindahkan mangsa banjir, kata PM

today27 February 2022

Background



ATM melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia juga telah diatur gerak membantu mangsa di Kelantan dan Terengganu, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi penyelamat telah dikerah bagi kerja-kerja memindahkan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan sejak semalam, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) juga sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan proses pemindahan mangsa berjalan lancar.

“Angkatan Tentera Malaysia melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia juga telah diatur gerak membantu mangsa di kedua-dua negeri. Ramai yang terjejas sedang diselamatkan dan dibawa ke tempat yang lebih selamat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pada masa sama, Ismail berkata, beliau juga telah mengarahkan NADMA memastikan kit makanan mencukupi di PPS selain Kementerian Kesihatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Yang Hangat

Tia, Suzan positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia mengesahkannya dan isteri, Suzan Ahmad positif COVID-19 selepas melakukan ujian menerusi kaedah Rapid Test Kit (RTK) menunjukkan keputusan positif, semalam.

today27 February 2022