J&E Advance Tech Sdn Bhd berkata Azmin Ali cuba mengelirukan orang ramai bagi mengalih perhatian kes dihadapi Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: J&E Advance Tech Sdn Bhd menafikan kenyataan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Azmin Ali mendakwa syarikat itu dianugerahkan rundingan terus menjual telur diimport dari India.
Syarikat pengimport tunggal telur dari India itu, berkata kenyataan Azmin tersebut cuba mengelirukan orang ramai untuk mengalih perhatian kes difailkan terhadap Muhyiddin Yassin.
“J&E tidak pernah diberikan sebarang rundingan terus oleh kerajaan sama ada menjual atau menawarkan, menjual telur diimport dari India kepada Malaysia atau mana-mana agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya dalam kenyataan.
Katanya, syarikat itu tidak pernah menjual…