Site icon Hot FM

Nafi ‘Koyak’, Didi Astillah Tak Mahu Bella Kena Buli

Penyanyi Didi Astillah menjelaskan bahawa hantaran yang dimuat naik di media sosialnya sebelum ini hanyalah sekadar ‘teguran’ buat aktres Ruhainies susulan isu kontroversi membabitkan kakaknya, Bella Astillah.

Kata Didi menerusi temu bual bersama program Melodi, posting tersebut hanyalah sekadar untuk meluahkan perasaan sahaja.

Ini kerana, tindakan menuding jari dan hantaran berbaur sarkastik yang dibuat aktres itu seringkali terjadi walaupun Bella sudah lama berdiam diri dan move on.

“Biasalah kita semua manusia biasa . Kadang ada emosi, hanya sekadar meluahkan perasaan sahaja. Itu adalah lumrah manusia, sekarang pun dah masuk 2025 buka buku baru lah. Cuma benda ni keep on repeat.

“Saya rasa benda ini perlu stop. Sebelum ini pihak kita pun dah diam tapi benda ni berterusan kita dengar, that is why  saya buat posting itu di media sosial untuk memberitahu bahawa perkara tersebut perlu dihentikan. Tak perlu dah nak cakap benda sama,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didi Astillah Muak, Minta Ruhainies ‘Stop’ Sebar Fitnah Kes Khalwat Babitkan Bella Astillah – “Kaki DVD Betul Awak Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Penunggang Agama, Ini Respons Ruhainies – “Berprasangka Buruk, Biarkan Saja”

Menurutnya, sebagai seorang adik, dia perlu mempertahankan kakaknya itu dari terus menerus menjadi mangsa buli dek kerana sifat Bella yang terlalu baik dan lemah lembut.

Malah, Didi, 28, berharap tahun 2025 ini tidak akan ada lagi kenyataan susulan yang dibuat aktres tersebut.

“Dalam keluarga saya, mama, ayah, lagi-lagi kak Bella… kami semua tahu dia ni jenis yang lembut dan kadang apa yang dia rasa tu, emosi dia, dia selalu keep it to herself. Kadang-kadang benda tu ada bagusnya.

“Kami adik-beradik tapi mungkin kami berlain karakter. Saya rasa bila dia terlalu diam, bila dia terlalu baik, orang akan simply pijak kepala dia. Saya tak mahu benda tu terjadi, jadi saya yang akan selalu ke depan. Ye lah adik-beradik mestilah kita akan protect kita punya adik-beradik.

“Saya tak nak dia dibuli atau ada orang cakap benda yang tak baik pasal dia. Sebagai adik, adik jelah yang ke depan kalau dia rasa ‘macam takpelah’… Sebab tu saya diam juga sebenarnya, sebab ikut cakap kakak. Tapi bila diam je, benda tu still jadi lagi then saya rasa 2025 harap dah tak ada lagi tentang ‘kebenaran akan terkeluar ke”, “Kesalahan akan terkeluar ke”. Stop lah, orang cakap dah terang lagi bersuluh. Let’s move on, jangan cakap apa-apa lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Didi tidak kisah jika ada komen yang mengatakan dia sekaan-akan ‘lebih kuah dari sudu’ kerana berani tampil ke hadapan untuk mempertahankan kakaknya.

“Saya tak kisah sebab saya bukan nak melebih ke apa, tapi yang anda lihat kak Bella diam tapi kalau anda ada adik beradik anda sendiri akan faham juga sebab saya dibesarkan dengan keluarga yang terbiasa dah dengan ‘biar orang buat kita, jangan kita buat orang’.

“Tapi apapun, kita dah move on. Kurang senang tu bila benda ni still menjadi topik. Macam ni wak, kita move on wak, kita kena ada pendirian,” jelasnya.

Diakhir temu bual, Didi yang juga bekas peserta program Famili Duo musim keempat ini mengaku tidak kisah jika suatu hari nanti dia ditawarkan berlakon atau berjumpa dengan Ruhainies dimana-mana acara.

“Saya okay sahaja. Lagipun kesalahan itu bukan saya yang buat. Kenapa pula saya tak nak. Okay je.

“Macam mana pun dalam industri ni selalu hormat orang, jangan buat jahat. So kalau terjumpa atau ada rezeki untuk bekerjasama saya tak ada masalah, saya okay sahaja. Kita bertentang mata dekat set,” jelasnya.

YouTube video player

 

Exit mobile version