Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nahas 5 kenderaan: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan

today9 December 2024

Background


Tiada kemalangan jiwa dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana pagi tadi. (Gambar JBPM)

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana pagi tadi mendapati insiden itu berlaku apabila sebuah van melanggar ambulans yang berhenti untuk memberikan rawatan awal kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof dalam kenyataan memaklumkan akibat pelanggaran itu, ambulans terbabit telah bergerak dan merempuh sebuah kereta serta dua motosikal selain lima individu yang berada di hadapannya.

Beliau berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Semasa pihak ambulans sedang memberikan rawatan kepada penunggang motosikal yang terlibat dengan kemalangan berkenaan, datang sebuah van dari arah belakang dan melanggar ambulans berkenaan,” katanya sambil menambah semua mangsa dihantar ke…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Selangor mudah ‘ratah’ Negeri Sembilan

Seremban: Semangat layak ke suku akhir Piala Malaysia belum cukup buat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk meneruskan rentak kejayaan apabila tewas kepada Selangor FC, 0-4, dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

today9 December 2024