
PETALING JAYA: Polis telah merakam keterangan pemandu treler yang tayarnya tercabut dipercayai menjadi punca kemalangan ngeri mengorbankan tujuh mangsa di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Ayer Keroh pada Isnin.
Ketua Polis Alor Gajah Ashari Abu Samah berkata, keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil pada malam kejadian bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan treler itu tercabut.
“Ujian saringan air kencing terhadap pemandu itu menunjukkan dia bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol,” katanya, lapor Bernama.
Ashari berkata, polis kini berusaha mendapatkan rakaman kamera papan pemuka memaparkan tayar di atas lebuh raya, yang tular menerusi media sosial, dengan pemilik kenderaan terlibat diminta tampil membantu siasatan.
Menurutnya, kemalangan itu disiasat bawah…