Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nahas bas persiaran, 3 parah tersepit

today16 September 2024

Background


Bas persiaran dua tingkat itu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan. (Gambar JBPM)

IPOH: Seramai 34 penumpang termasuk pemandu cedera apabila bas persiaran dua tingkat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di KM273.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Ipoh dengan bantuan Simpang Pulai, Meru Raya, dan Tambun dikerah ke lokasi kejadian.

“Tiga mangsa di tingkat bawah cedera parah kerana tersepit antara kerusi penumpang, manakala 30 lagi yang berada di tingkat atas bas hanya mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar dengan sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, bomba mengeluarkan mangsa tersepit dengan menarik pelaras kerusi sebelum membawa keluar mangsa dengan menggunakan pengusung.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Raja…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Fandi tabik pemain

Kuantan: Tiada yang lebih menggembirakan buat Sri Pahang FC terutama pengendalinya, Fandi Ahmad selepas skuad itu berjaya mengutip tiga mata hasil kemenangan besar 5-1 ke atas PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi. 

today16 September 2024