Hot FM

Nahas dihempap kontena, wanita maut tersepit


Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam mengeluarkan mayat wanita dalam kereta dihempap kontena. (Gambar Bomba)

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dihempap kontena terjatuh daripada treler dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah, hari ini.

Lee Zi Rou, 21, yang memandu kereta Perodua Bezza disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu Honda Jazz Tan Chou Theng, 25, cedera.

Komander Operasi Bomba Pulau Pinang Nor Azamuddin Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.31 pagi membabitkan kemalangan lima kereta.

Menurutnya, dua mangsa didapati tersepit akibat dihempap kontena terjatuh daripada treler berkenaan, namun seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, bomba menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.

“Kerja-kerja mengalihkan kontena yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version