
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.
Baginda amat sedih dengan kehilangan wira negara dalam tragedi mengorbankan 10 anggota TLDM itu.
“Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.
“Saya juga mahukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini,” titah Sultan Ibrahim dalam catatan Facebook.
Terdahulu, TLDM memaklumkan lembaga siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat nahas melibatkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter FENNEC miliknya.
Difahamkan, kedua-dua…