

Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mewajibkan saringan dadah berkala dan rawak ke atas semua pemandu kenderaan berat dan awam, susulan nahas mengorbankan empat nyawa di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin berkata pemandu yang gagal ujian berkenaan mestilah digantung serta-merta daripada operasi sehingga mereka disahkan layak semula untuk memandu.
“Tragedi ini mendedahkan kegagalan sistemik dalam pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan pengangkutan negara yang tidak boleh lagi dipandang ringan,” katanya yang juga ketua portfolio Pengangkutan PN dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, pemimpin PAS itu turut menggesa kerajaan mengintegrasikan rekod kesalahan antara polis, Jabatan Pengangkutan…